sungguh , senandung alfatihah ini membuatkan hati sedikit sayu . teringatkn berbakulbakul dosa yang telah aku lakukan , pada mak ayah , pada org lain , dan yg paling penting , pada pencipta aku sendiri . 18tahun 1 bulan dan 10 hari aku menghirup udara di muka bumi tuhan , memijak tanah di bumi tuhan dan menikmati rezeki di bumi tuhan , selama itu juga lah dosa aku tak pernah kurang , malahan semakin meningkat . pabila umur sudah semakin dewasa , fikiran pula sudah mula makin panjang , maka perjalanan hidup dn langkah kaki ini sudah tentu tidak seperti dulu yang hanya di kawal 24 jam oleh ibuayah . otak semakin ligat berfikir dan disitulah , kebebasan diri mula mahu dirasai . disitulah banyak perkara yg di cuba . disitu lah byk perbuatan yang tidak baik di lakukan .
tika ini,sungguh aku terasa berdosa , kerana aku tahu , aku sudah byk mengecewakan hati org yg aku syg dgn sikap , perangai yang tak telan dek nasihat . ampunkn aku ya ALLAH , ampunkan angah ibuayh ;'( . ya ALLAH , KAU bimbinglah kaki ini agar terus berjalan diatas landasan yang diredai , tetapkan lah hati ini agar sentiasa meningati diriMU dan lembutkan lah hati ini agar dapat menjadi seorang yg pemaaf dan berfikiran baik . sesungguhnya aku juga teringin untuk menjadi seorang wanita solehah . doakan aku :'(
amin ya ALLAH .