Sunday, August 28, 2011

HARUS BERSABAR

'happy birthday jie .. ! untuk kali ni , tak da teddy bear . kalau ada rezeki kau nanti , adalah tu . haaa,jgn nak muncung2 mulut .. aku nak ajar kau hidup besederhana ;p'

petikan ayat salah seorang member gua tanggal 14julai yg lalu . sadisnya kalau gua cakap , dia ni bukan lagi member gua . mungkin boleh di klasifikasikan sebagai 'stranger' . gua tak kenal lu,lu pun tak kenal gua . tamat cerita .bukan nak bangga pasal birthday , bukan nak riak pasal tedy bear , bukan juga nak kecoh pasal member gua ni . tapi yg gua cuba nak sampaikan disini adalah keinginan gua . sabar . semalam aku pergi terawih , ada tazkirah yang mengatakan sabar ada 3

1.sabar nak buat baik
-bila aku sembahyang tasbih , kdng2 dalam hati terdetik , 'bila nak habis ni ?' . maklumlah,solat tasbih kan lama . ada juga kdng2 pergi dgar tazkirah atau ceramah motivasi , dalam hati terdetik 'boleh aku nak chow tak ? boring sial ' ataupun aku dah pun cari port kat belakang dan mula membuka kilang tahi mata . dan inilah yg dikatakan sabar dalam membuat kebaikan .

2.sabar nak buat jahat
-bila aku tgk member syiok kawkaw punya keluar dgn balak , aku pun nak keluar . dalam hati dah ada niat suci murni dah tu . tapi fikir balik , sabar jie,sabar . tak pun bila aku dapat kereta je , mula la dalam otak ni fikir nak merewang . tak kesah la kemanamana , asalkan dapat merewang . tapi bila tgk minyak dah sikit , duit pun kopak , ok cancel lah -__- . ni maknanya sabar bila nk buat jahat .

3.sabar dalam keadaan marah
-bila aku tahu member aku tikam belakang aku , dah tentutentu aku bengang . bila aku bengang , dah tentutentu jugak ayat keramat keluar dari mulut aku ni . sialcelakababi punya org . dan bila ibu bising ituini kat rumah , aku pun dah mudah nak naik kepala . maknanya rasa mcm nak melawan balik . tapi tak baik kan ? oleh itu aku perlu belajar menjadi seorg penyabar dalam keadaan marah .


hajat aku terlalu banyak . tak boleh dikira dgn jari . tapi aku yakin bukan aku je , korang pun sama kan ? ok then , kita sama okay . cuma yes , lately ni terasa mcm apa aku nak , susah sngt nak dapat walhal benda itu bg aku sesuatu yg mudah untuk dilaksanakan . kecewanya hati hanya tuhan yg tahu , tapi sebab dah ada biby , adakalanya mampu memberikan aku satu senyuman walaupun dalam hati dah remuk ibarat kaca berkecai . ok , itu hiperbola . melampau sngt kan ? haha . tidak lah sekecewa mana sebenarnya sebab aku tahu , masih ada hari esok . itupun kalau umur masih panjang dan masih boleh menghirup oxygen + carbon dioxide + carbon monoxide di muka bumi yg kian uzur ini . inysaALLAH . walaubagaimana pun , aku harus sedar , tidak semua dlm dunia ni , apa yg kita nak kita akan dapat . sekurangkurangnya bersyukurlah dgn apa yg masih ada pada kita . yes , aku kena belajar terima apa yg terselindung disebalik ayat tu . belajar mengawal kemarahan bila keinginan tidak dipenuhi , belajar berhenti salahkan orang lain dan belajar menerima pendapat orang lain apabila ada sahaja kesilapan dimanamana . mcm member gua ckp 'kalau ada rezeki kau,adalah tu...' . betul tu , terima kasih wahai sahabat dan aku juga percaya , rezeki ALLAH itu ada di manamana . oleh itu,


sabar jojie . sabar itukan separuh daripada iman :)